Pernikahan merupakan hari paling istimewa untuk setiap bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidak semua perancangan yang telah dibuat akan berjalan dengan lancar.

Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menceritakan kisah rakannya yang terpaksa menangguhkan majlis pernikahan dan persandingan kerana bapa tersayang berada dalam keadaan kritikaI di hospital.

Kawan kepada pengantin tersebut telah menceritakan serba sedikit mengenai keadaan yang berlaku pada hujung minggu yang lalu mengenai majlis pernikahan rakannya yang ditngguhkan apabila mendapati bapa pengantin sedang kritikal di hospital.

Dengan berpakaian nikah, dia telah bergegas ke sana dan pernikahan itu tidak berlaku pada malam tersebut.

Sehubungan dengan itu, majlis persandingan pada keesokkan harinya telah tertukar menjadi majlis makan-makan sahaja kerana menghormati keadaan bapa pengantin yang masih kritikal.

Selepas dua hari majlis ditangguhkan pasangan pengantin telah selamat bernikah dalam suasana yang serba sederhana.

Namun begitu, pada keesokkannya bapanya telahpun menghembuskan nafas terakhir selepas dia bergelar isteri.

Perkongsian daripada Laila iaitu rakan kepada pengantin perempuan itu benar-benar meruntun hati kerana menunjukkan betapa kuatnya seorang wanita yang terpaksa berhadapan dengan perkara sedih di hari bahagianya.

Menerusi thread tersebut juga, pengantin perempuan yang bernama Laila telah mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana mengambil berat akan dirinya.

Sumber : Lailasyaf, Nisajedahla

Kredit: celotehsaje

Article Lain

Terjumpa jodoh dalam PUBG, pemuda ini ikhlas menerima isteri seadanya..

Berkenalan dari permainan video online, Player Unknown’s Battleground (PUBG) sejak tahun lalu sehinggalah pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Itulah yang dilalui oleh Siti Aisyah Zaid, 22, dan suaminya, Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25, yang disatukan dalam Majlis Pernikahan Beramai-ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, semalam.

Lebih istimewa, Amirul tidak menjadikan kekurangan isterinya yang Iumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai penghalang untuk mereka bersama sepanjang hayat.

Menurut Siti Aisyah, dia terlibat dalam kemaIangan di Parit Raja dua tahun lalu ketika dia menunggang motosikal sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya Iumpuh.

Pada waktu itu, mereka belum berkenalan lagi walaupun masing-masing tinggal di daerah yang sama.

Siti Aisyah bersyukur Amirul sanggup menerima keadaannya seperti itu walaupun sebelum ini dia mempunyai fizikal yang normal seperti orang lain.

Sementara itu, Amirul menjelaskan dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan Siti Aisyah dengan bayaran RM3,500 untuk turut serta dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai itu.

Bagi Amirul, majlis itu akan menjadi kenangan terindah dalam sejarah hidup dia dan isterinya.

Apa lagi? Jom cari jodoh dalam PUBG! Gurau jer… Hahaha!

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Sumber : SinarHarian

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *