Waktu mula-mula vape jadi popular dalam kalangan perokok yang mahu menghentikan tabiat buruk mereka, ramai yang kata vape ni tidak membahayakan kesihatan hingga ada kajian mengatakan — vaping adalah 95 peratus lebih selamat daripada merokok.

Tapi, sehingga kini ia masih menjadi perdebatan para saintis dalam dunia perubatan.

Terbaharu, seorang lelaki di Illinois dilapor meninggal dunia kerana mengalami gangguan pernafasan yang teruk — dipercayai akibat penggunaan vape atau rokok elektronik.

Kematian pesakit tersebut yang mempunyai sejarah menghidap sakit paru-paru kronik, dikatakan berpunca akibat tabiatnya yang gemar menghisap vape.

Ia menjadi kes kematian pertama diakibatkan oleh tabiat tersebut, yang pernah direkodkan di Amerika Syarikat setakat ini.

Menurut laporan BBCThe Centers for Disease Control and Prevention merekodkan sebanyak 193 kes berpotensi di 22 negeri di Amerika Syarikat — antara 28 Jun hingga 20 Ogos tahun ini.

Menurut pakar, kebanyakan kes berkenaan membabitkan vape yang mengan­dungi THC — iaitu unsur aktif utama dalam dadah jenis ganja.

Punca sakit misteri yang dialami mangsa gagal dikenalpasti namun ia dipercayai berkait rapat dengan penggunaan rokok alternatif itu.

Dalam kebanyakan kes diterima, pesakit dikesan menghisap rokok elektronik yang mengandungi THC — dan antara kesan sampingan yang dialami mereka adalah batuk, sesak nafas selain muntah dan cirit-birit.

Walaupun dianggap sebagai pengganti rokok, vape tetap boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan kita kerana ia masih mengandungi nikotin — cuma yang membezakannya adalah flavour vape yang pelbagai.

Tapi apa yang tambah memudaratkan adalah bila ada yang memandai-mandai nak letak dadah dalam cecair vape untuk dijual kepada orang ramai. Macam di Amerika Syarikat, pasaran gelap bagi penjualan rokok elektronik mengandungi THC ni memang wujud.

Hmm, laing macang sungguh demo lening.

Sumber: lobakmerah

Article Berkaitan

“Saya berpaling sekejap je” – Kanak-kanak 19 Bulan Maut Terminum Cecair Vape Milik Ibu

Benarlah kata orang malang tidak berbau, seperti apa yang berlaku baru-baru ini.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan maut selepas terminum cecair vape yang mengandungi nikotin milik ibunya dalam kejadian di Melbourne, Australia.

Dilaporkan ketika kejadian, ibu kanak-kanak malang tersebut menuang cecair ke dalam botol vape miliknya ketika kedua-dua mereka berada di rumah yang terletak di pinggir bandar Barat Laut Australia, lapor 10daily.

Wanita itu kemudiannya beredar seketika bagi menyimpan botol vape yang lain, namun tidak disangka-sangka sebaik dia berpaling wanita itu mendapati salah satu cecair vape miliknya sudah berada dalam mulut kanak-kanak lelaki itu.

Panik dengan kejadian itu, wanita tersebut terus membasuh mulut anaknya sebelum menelefon ambulans bagi membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Bagaimanapun selepas 11 hari mendapatkan rawatan, kanak-kanak itu gagal diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia.

Rupa-rupanya wanita itu menghisap vape bagi menggantikan ketagihannya terhadap rokok. So apa yang dia lakukan ialah mengimport perisa vape dari Amerika Syarikat sejak 18 bulan lalu.

Namun apa yang berlaku terhadap anaknya ini benar-benar meruntun jiwanya.

Kes ini bukan disebabkan kecuaian tetapi kerana detik lewat kewaspadaan si ibu.”-Koroner Philip Bryne

Meskipun vape dikatakan sebagai alternatif yang selamat kepada rokok, namun penggunaannya masih menjadi perdebatan dan isu kontroversi di Australia.

 

So fikir-fikirkan lah korang, nak tegur masing-masing dah besar.

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *