Sampai hati duhai anak. Ini luahan seorang ibu yang menyentuh hati.

“Ada perkara yang mereka kata sehingga membuatkan saya keciI hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.”

Demikian luahan seorang wanita yang tinggal di dalam Perodua Kancil di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.

Wanita berusia 51 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mengambil keputusan tinggal di dalam kereta selepas berkeciI hati dengan anak serta menantunya sejak 40 hari lalu.

“Saya nak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia berterima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang berada di dalam Perodua Kancil miliknya itu.

“Penduduk ada tawarkan untuk tinggal bersama mereka tetapi saya enggan sebab tidak mahu susahkan mereka. Jadi mereka menghubungi LZS untuk bantu saya.

“Saya juga berterima kasih kepada LZS yang sewakan rumah untuk saya. InsyaAllah, ketika ini saya sedang mencari kerja dan mahu membuka gerai masakan jika diberi peluang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Klang, Mohd Shahril Ritin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi parkir di pangsapuri itu selepas mendapat maklumat pada 19 Ogos lalu.

“Kebetulan terdapat sebuah rumah sewa di kawasan berdekatan. Kami terus sewa rumah itu dengan membantu membayar wang pendahuluan serta bulanan.

“Selain itu, wanita terbabit turut menerima bantuan kecemasan zakat sebanyak RM500 bagi memulakan hidup.

“Kami turut menyediakan bantuan makanan selain membantu membaiki kenderaannya bagi memudahkan dia keluar mencari kerja nanti,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Kredit: celotehsaje

Article Lain

“Saja Nak Larikan Diri..” – Peguam Sy4k Keluarga Nora Anne Terlibat Dengan KEMATlAN Anak Mereka

“Saja Nak Larikan Diri…” – Peguam Sy4k Keluarga Nora Anne Terlibat Dengan Kem4tian Anak Mereka

Minggu lepas, pihak polis mengesahkan yang kem4tian Nora Anne berpunca dari keboc0ran usus akibat dari kebulvran dan tek4nan.

Bagaimana pun, menurut FMT, seorang peguam, Anne Brennan dan juga aktivis kanak-kanak telah menuuduh keluarga Nora

“berusaha sedaya-upaya untuk menghalang keadilan bagi kem4tian anak mereka”.

Dalam Facebooknya, Anne berkata yang pengumuman keluarga tersebut baru-baru ini untuk meningg4lkan Malaysia bersama j4sad anaknya adalah sangat mencuurigakan.

Wanita ini juga menuuduh yang ibu bapa Nora, Meabh dan Sebastien Quoirin, cepat-cepat nak keluar dari Malaysia lepas mereka menerima jaminan yang penglibatan mereka dengan kehilangan dan kem4tian remaja ini tidak akan disias4t.

“(Mereka) berjaya meyakinkan pihak berkvasa di Malaysia untuk abaikan sias4tan bvnuh terhadap Nora dan melepaskan j4sad Nora tanpa menunggu keputusan t0ksikologi yang sangat penting dalam sias4tan jen4yah.”

Bukan itu sahaja, Anne juga mengatakan yang keluarga Nora Anne tak memberitahu tentang pergerakan mereka beberapa jam sebelum anak mereka dilap0rkan hilang.

Menurut wanita ini, pihak polis mengesahkan yang tiada buukti “pihak ketiga” peccah masuk rumah keluarga ini pada malam Nora Anne dilaporkan hilang.

Ketika dihubungi FMT, badan kebajikan yang menyokong keluarga Nora Anne ini telah menolak tuuduhan peguam ini yang mengatakan keluarga tersebut terlibat dalam kem4tian anak mereka.

Cerita dia tak berasas

Bagaimana pun, pengarah badan kebajikan tersebut, Matthew Searle enggan memberikan apa-apa komen tentang tuduhan Anne Brennan dan tak memberitahu sekiranya keluarga Nora Anne ingin mengambil apa-apa tindakan terhadap peguam tersebut.

Ketua P0lis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop semalam telah mengesahkan yang keluarga Nora Anne telah pun pulang ke negara mereka.

Nora Anne yang dilap0rkan hiilang pada 4 Ogos ini telah ditemui m4ti di jurang 2.5km dari resort tempat keluarga ini bercuti.

Pihak polis juga berkata yang tiada bukti ser4ngan sksual atau pencuIikan yang dapat dilihat dari bed4h sias4t.

Sumber : LobakMerah

Kredit: celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *