Surirumah mana yang boleh tahan kalau tengok lantai dapur ataupun tandas kotor kuning dan berlendir? Macam mana cara sekalipun, dorang akan cuba bersihkan kotoran tu dan benda paling utama yang suri rumah ni guna pastinya klorox dan sabun pencuci lantai.

Tapi tahukah anda, campuran klorox dan pencuci lantai ni SANGAT MERBAHAYA? Seorang suri rumah katanya hampir mati akibat 2 benda ni. Aik biar betul ni? 

 

Surirumah keracunan gas klorin? 

Menurut perkongsian Pusat Racun Negara di Facebookgas klorin adalah antara gas beracun yang boleh sebabkan kesan kesihatan yang teruk kepada manusia yang menghidunya. 

Tapi yang peliknya, macam mana pulak seorang surirumah boleh terdedah kepada gas bahaya macam ni. Duduk rumah je kan? Bukan duduk dekat kawasan perindustrian pun.

“Doktor ingatkan dia nak bunuh diri…  Sekali sebab mop rumah guna clorox + pencuci lantai” 

Pun begitu, komen daripada netizen bernama Mukarramah Mustapa ini menjawab persoalan yang berlegar dalam fikiran kita. Menurutnya, dahulu seorang rakan pernah pengsan di dalam rumah bertutup.

Pada mulanya doktor ingatkan rakan Mukarramah ni nak bunuh diri, tapi lepas tu barulah dia tahu yang rakannya tu nak mop rumah dan telah mencampurkan klorox dan sabun pencuci untuk dapatkan kesan ‘extra bersih dan berkilat’ lantaiAduhai!

Sumber: Facebook

 

Kenapa campuran klorox dan cecair pencuci lantai bahaya? 

Menurut Pusat Racun Negara, campuran dua jenis cecair ni bahaya sebab ia boleh beri tindak balas kimia yang membebaskan gas klorin yang beracun. Cecair peluntur mengandungi Sodium Hipoklorit dan pencuci lantai pulak ada Acid Hidroklorik. Dua-dua bahan ni ada unsur asas klorin.

Gambar hiasan

Sebab tu lah kalau ibu-ibu di luar sana nak membersih rumah, jangan sewenang-wenangnya main campur je produk kimia ni semua sekali sebab kita tak tahu apa tindak balas kimia yang berlaku.

Rumah memanglah bersih tapi tak pasal-pasal pulak kang maut sebab terhidu gas beracun! Adoi… 

Take note suri rumah dan pembersih sekalian! 

Kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *