Hari ini netizen telah menjalankan satu kempen #Unistallfoodpanda sebagai tanda boikot kepada aplikasi penghantaran makanan Foodpanda berikutan dengan skim pembayaran baharu mereka yang dikuatkuasakan.

Disebabkan itu penghantar makan (rider) ada buat mogok kerana rasa tak puas hati dengan kaedah terbaru tu. Bagaimanapun, pengarah urusan syarikat itu Sayantan Das tampil memberikan respon dan ternyata ia mendatangkan lagi kemarahan netizen.

 

Skim pembayaran baru

Sayantan Das menjelaskan dalam skim pembayaran terbaru  ini rider boleh meraih lebih daripada 50% kerana ia dibina pada model berasaskan kecekapan baru yang memberikan lebih banyak penghantaran setiap jam.

Bagi mereka skim tersebut akan membuatkan pendapatan mereka makin berkurangan kerana bayaran akan diberikan mengikut jumlah tempahan pelanggan, bukan pada jumlah masa mereka bertugas.

Walau bagaimanapun, pembayaran setiap pesanan berbeza mengikut tahap prestasi. Bayaran Dari RM4.50 hingga RM7, berdasarkan kumpulan prestasi yang diterima.

Malah ada tambahan insentif RM150 kalau kerja 60 jam seminggu dan tambahan RM1 bonus bagi setiap tempahan dari pukul 11 malam hingga 9 pagi.

Kalau nak dibandingkan dengan skim lama, bayaran agak rendah kerana ia bergantung berapa jam rider bekerja dalam masa sehari, mereka raih RM 4 sejam. Bayan diberikan pula dari RM3 hingga RM 5 berdasarkan prestasi.

 

Jika awak tidak mahu kerja, kami OK”  – Sayantan Das

Sumber : Malaysiakini

Menerusi Malaysiakini, Sayantan berkata penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada penghantar lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya lagi, mogok yang dijalankan oleh penghantar makanan itu hanya segelintir sahaja.

“Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami. Kami telah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang dari satu peratus yang memulakan mogok.”

Bahkan pihak mereka tidak membatalkan ID mahupun mengancam seperti mana yang didakwa.

“Semasa mogok, kami tidak membatalkan sebarang ID mahupun mengancam penghantar. Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang.”

Disebabkan kenyataannya begitu, ia telah mengundang kemarahan netizen, ramai netizen yang memboikot aplikasi tersebut dengan cara menyahpasangkan aplikasi tersebut di Twitter.

 

#UninstallFoodpanda

Sumber : Twitter

Ada antara mereka yang menunjukkan paparan screen recording mereka uninstall aplikasi tersebut. Malah ada juga yang berikan review teruk dalam aplikasi tersebut, laungan #UninstallFoodpanda kini tengah trending di Twitter.

Bagaimanapun, ada juga yang back up kerana ini pengalaman pertama dan mereka hanya gunakan sebagai pelanggan. Malah ada juga yang menegur bahawa cara begini lebih membataskan para rider untuk cari sumber pendapatan.

 

Tak rasa ke kalau kita Uninstall rider lagi susah nak cari duit? – Netizen

  

Jadi, apa pendapat anda? Adakah Foodpanda layak mendapat kebencian yang mereka dapatkan? Atau adakah mereka berhak menjauhkan para penunggang mogok dan teruskan dengan skim pembayaran baru mereka?

Hmm, apa pendapat korang? Patut ke boikot dijalankan atau cara pembayaran skim baru tu sebenarnya lagi bagus?

Sumber: lobakmerah

Article Lain

“Takkan lah tak boleh masak kat rumah sendiri kot?” – Residen ‘Complain’ Sebab Terbau Jiran Masak Mee Segera

Bila hidup berjiran ni kena lah bertolak ansur, memang rumah tu ruangan peribadi kita dan boleh buat apa sahaja, tapi janganlah sampai menganggu jiran sebelah. Cuma, dalam banyak-banyak kes complain daripada jiran, kes ini lah kes yang paling pelik sekali.

Selalunya bila kita terbau jiran masak, mesti kita akan rasa macam satu nikmat kan? Tapi tak tahu lah pula ada yang anggap itu satu gangguan sampai kena complain.

 

Agak kelakar kami terima notis ni sebab dia tu jarang ada kat rumah sejak kebelakangan ni, bahkan kami bukannya masak menu berat pun cuma maggie dengan telur hancur je”

Sumber : NST

Ada satu kawasan perumahan di Singapura ni tak pasal-pasal dapat notis daripada pihak management dekat apartment yang dia tinggal yang ada orang complain sebab dia memasak.

Menurut WORLD OF BUZZ, wanita yang merupakan tuan empunya rumah yang masak tu kena jumpa dengan pihak pengurusan untuk jelaskan isu ni. Alamak! Oklah kalau masak rendang yang bau kuat tu boleh diterima pakai lah tapi mee segera je pun!

Wanita tersebut ada kongsikan gambar notis tu dekat media sosial dan pelik kerana tidak dibenarkan memasak.

“Biar betul Lembaga Perumahan & Pembangunan?? Kami tak dibenarkan masak kat rumah sendiri??? Habistu sebab apa kami ada rumah kalau tak boleh masak???Seriuslah???Kami tak buat masakan berat pun, tambahan pula kami jarang masak jadi apa masalahnya?? Takkanlah tak boleh masak kat rumah sendiri??”

Sumber : The Independent Singapore

Tapi, menerusi kenyataan daripada The Independent Singapore, orang yang buat laporan tu complain bukan pasal masak mee segera tapi pasal bau masakan daripada perniagaan katering daripada tuam empunya rumah tu.

Wanita tersebut bagaimanapun mengaku yang dia ada menjalankan perniagaan katering tapi dia bukan masak dekat dalam apartment dia bahkan dia ada lesen perniagaan.

Hurm, tak tahu lah macam mana, harap, hal-hala rukun tetangga ni seeloknya dapat dilangsaikan secara bersemuka.

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *