Malang tak berbau… Suasana pilu menyelubungi tiga beradik lepas melihat jenazah adik bongsu mereka di Jabatan Forensik Hospital Raja Bainun (HRPB) yang maut akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kuaters Balai Polis Pasir Puteh, hari ini.

Menurut Harian Metro, ketiga-tiga beradik itu, Mohamad Syafiq Ahmad Hafiz,10; Muhamad Syakir Zufairi, 7; dan Muhamad Asyraf, 6, dilihat meraung dan menangis lepas tengok jenazah adik mereka, Muhammad Anas Hadif, 3.

Sumber: HM

 

Bapa terkejut dengar jeritan, tengok-tengok selipar anak sudah terapung… 

Kejadian yang berlaku dalam jam 8 pagi tu terjadi ketika bapa mangsa, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa, 32, dan isteri berada di dalam rumah manakala 3 orang anak yang lain sedang bermain di hadapan kuaters.

Tiba-tiba tak diduga, bapa mangsa dikejutkan dengan jeritan anak ketiganya yang menyebabkan mangsa terus keluar rumah untuk lihat apa yang berlaku sebelum mendapati yang anak bongsunya itu sudah tiada bersama 2 abangnya.

“Pada mulanya saya menyangkakan anak saya dilanggar kenderaan kerana mendengar abangnya menjerit, namun saya terkejut apabila melihat anak bongsu saya sudah tiada dan mencarinya di sekitar kawasan.

“Saya kemudiannya melihat ke dalam lubang kumbahan yang mana lubang penutupnya sudah terbuka dan melihat selipar anak saya terapung di dalam air kumbahan berkenaan,” kata Ahmad Hafiz.

Sumber: Facebook

 

Anak bongsu manja dan tak boleh berenggang

Tambah Ahmad Hafiz lagi, keempat-empat anaknya memang ada bermain di lubang kumbahan yang terletak di balai tu semalam sebelum 3 beradik tu bermain sekali lagi di tempat yang sama hari ini. Allahu… 

Mangsa menurut bapanya merupakan seorang yang manja dan tidak boleh berenggang dengan si ibu. Kehilangan anak bongsunya itu sangat dirasai mereka sekeluarga.

Sumber: HM

Ahmad Hafiz juga sebenarnya baru sahaja sebulan tinggal di kuarters berkenaan selepas ditukarkan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Manjung ke Bahagian Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Walaupun perit dan sedih dengan kemalangan yang berlaku terhadap anak saya ini, namun saya reda kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya.

Semoga keluarga ini tabah hadapi dugaan. Al fatihah…

Sumber: lobakmerah

Article Lain

Satu Keluarga Kena Masuk Wad Sebab Terhidu Gas Beracun Akibat Masak Sambil ‘On’ Aircond

Biasanya kalau kita nak masak dekat rumah, mesti kita akan hidupkan sistem pengudaraan dulu lebih-lebih lagi kalau rumah yang pasang penghawa dingin

Baru-baru ni satu kejadian buruk menimpa sebuah keluarga di Nanning, China di mana mereka telah di sahkan menghidu gas karbon dioksida secara berlebihan.

Menurut World Of Buzz kejadian ini berpunca apabila datuk keluarga itu yang di kenali  sebagai Liang yang memutuskan untuk memasak.

Liang terlupa untuk menghidupakan sistem pengudaraan dan sistem penghawa dingin masih lagi terpasang ketika sedang memasak.

Lepas sejam dekat dapur, adik perempuan dan cucu Liang berasa kurang senang dan pergi melihat sendiri apa yang berlaku.

Mereka terkejut bila melihat keadaan Liang yang sepertinya tidak mampu untuk berjalan dan kelihatan tak bermaya.

Mereka bertiga segera di kejarkan ke hospital berdekatan dan doktor telah mengesahkan di mana mereka telah terhidu gas beracun.

Sumber : World Of Buzz

Namun begitu, kadar gas yang telah dihidu adalah berbeza-beza dan Liang merupakan individu yang paling teruk terhidu gas beracun itu.

Doktor turut mengesahkan kejadian ini terjadi akibat pintu dan tingkap yang tertutup rapat yang sekaligus menyebabkan kadar karbon monoksida menjadi banyak.

Nasib baik diaorang cepat ke hospital kalau tak boleh hilang ingatan atau yang lebih teruk boleh jadi bisu. Fuhh admin pun takut bila dengar.

Sebab tu lah kita semua kena sentiasa beringat dalam melakukan perkara apa sekali pun, even nak masak dekat rumah pun masih boleh berlaku macam-macam tau.

Sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *