Pengamal perubatan seperti kaki tangan hospital dan pegawai kesihatan adalah antara komponen penting negara ketika ini. Mereka sedaya upaya untuk mengawal dan berusaha sehabis baik untuk menangani wabak coronavirus yang kian menular di kalangan rakyat Malaysia.

Mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuat kuasa, namun malangnya masih lagi terdapat segelintir masyarakat seperti tidak endahkan amanah yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia dua hari lalu. Sangat mengecewakan, dilihat ramai yang masih lagi berjalan-jalan diluar dan makan di kedai-kedai seperti tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Kerana mereka degil, tak mahu duduk rumah…”

Sebuah dialog luahan antara seorang misi bersama anak perempuannya menyentuh jiwa ramai. Anak kecil yang polos itu dilihat bertanyakan situasi yang sedang dialami oleh negara dan luahan misi tersebut sudah tentunya membuatkan ramai tersentak!

“Nanti mak balik, kita bersalam pun tak boleh…”

“Kita ni sedap2 lagi pergi shopping mall…”

Orang ramai kini diseru untuk tidak keluar kemana-mana tanpa tujuan dan hanya duduk didalam rumah sahaja selama dua minggu ini sahaja. Ini adalah untuk mengurangkan penyebaran wabak covid-19 dan sekaligus menyenangkan kerja pihak kesihatan yang sedang bertukus lumus saat ini.

Terima kasih para pejuang negara. Sanggup bergadai nyawa dan berkorban untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia. Kami hargai jasa anda semua.

Sumber: borakdaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *