Baru sahaja kita dikejutkan dengan kematian ke-4 berkaitan Covid-19 petang tadi, kini 4 lagi kes terbaharu berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan hari ini kepada lapan kematian setakat 6.30 petang Sabtu.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

sumber: kkm Putrajaya

Menerusi hantaran tersebut, Noor Hisham menyatakan kematian kelima melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun di Sarawak pada 18 Mac yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Borneo pada 16 Mac lalu selepas mengalami beberapa simptom seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas.

Pelaporan kes kematian pertama akibat COVID-19 daripada keluarga ini lambat diterima daripada hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang telah dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur.

Kes kematian keenam pula juga di Sarawak melibatkan anak perempuan kepada kes kematian kelima yang berusia 40 tahun meninggal dunia pada jam 1.20 petang hari ini.

Seterusnya kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan ada kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini.

Manakala kes kematian kelapan melibatkan seorang lelaki berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.

#COVID-19 TERKINI 21 Mac 2020 6:30PMDukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes…

Dikirim oleh Noor Hisham Abdullah pada Sabtu, 21 Maret 2020

Mangsa sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac setelah mengalami gejala demam pada 12 Mac lalu dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 18 Mac sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 petang hari ini.

sumber: kkm Putrajaya

Sumber: awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *