Hari ini viral tentang dua tempat ini dikaitkan dengan kes positive Covid-19, Stesen Minyak Shell Sg Ramal Dan UiTM.

STESEN MINYAK SHELL SG RAMAL ADA COVID-19!!

WAHAI penduduk Kajang dan Bangi… hati-hati dan kekallah berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Ini berikutan berlaku satu kes lagi COVID-19 di stesen minyak. Kali ini stesen minyak Shell di Sungai Ramal, Kajang, Selangor!

SHELL Malaysia menerusi satu kenyataan di laman web rasminya mengesahkan jurujual yang bertugas di stesen minyak Shell Sungai Ramal, Kajang dijangkiti virus COVID-19, dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. – Foto: IG Shell Malaysia

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Shell Malaysia memaklumkan, pekerja terbabit kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Dalam usaha mengatasi wabak semua kakitangan yang bertugas dengan mangsa telah dihantar untuk menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan berdekatan.

“Shell Malaysia memberi kerjasama penuh dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan,’’ katanya dalam kenyataan dalam laman web https://www.shell.com.my/.

Menurut kenyataan itu, Shell Malaysia akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan.

Dalam masa sama, Shell Malaysia turut menggesa mana-mana individu yang pernah berurusan dengan mangsa supaya menjalani pemeriksaan COVID-19 di hospital dan klinik kesihatan berdekatan.

Shell Malaysia turut berharap agar rakyat Malaysia dapat menghormati privasi pesakit di saat yang serba mencabar ini.

Satu peringatan: Dan jangan lupa basuh tangan dengan sabun atau cecair penyahkuman (sanitizer) selepas mengepam minyak!!

ELAK KE UITM!! PELAJAR HADIRI KULIAH POSITIF!!

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) telah melakukan usaha-usaha pembersihan dan pembasmian kuman di kelas-kelas serta kawasan yang telah dikenal pasti sebagai langkah keselamatan selepas seorang pelajarnya yang mengikuti khursus Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) telah disahkan positif dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19). 

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Emiratus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, pelajar berkenaan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan daripada hasil siasatan mendapati pelajar itu telah terkena virus itu daripada bapanya, yang terkena daripada saudaranya yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Selangor tempoh hari.

Katanya, pelajar itu pernah menghadiri sesi kuliahnya pada 15 Mac 2020 dan telah memaklumkan pada pensyarahnya apabila dia mendapati simptom-simpton rapat gejala ada pada diriya.

“Pelajar berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Apabila disiasat pelajar tersebut telah dijangkiti wabak daripada ayahnya yang terkena kontak rapat daripada saudaranya yang menghadiri perjumpaan ‘Ijtimak Tabligh’ di Masjid Sri Petaling.

“Pelajar tersebut telah menghadiri kuliah pada 15 Mac 2020 dan apabila telah mendapati dirinya positif COVID-19, beliau segera memaklumkannya pada pensyarahnya”, katanya.

Sehubungan itu, pihak UiTM telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas-kelas dan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai langkah keselamatan virus itu dari tersebar luas.

“Pihak UiTM melalui Pusat Gerakan COVID-19 dan Pusat Kesihatan UiTM  telah menjalankan saringan COVID-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong.

Keseluruhan kes pelajar yang positif COVID-19 adalah seramai tiga orang pelajar dan sedang menjalani rawatan di hospital”, tambah Azraai.

Sumber: kitareporters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *