Kementerian Kesihatan mengumumkan kematian pertama dikalangan kakitangannya yang merupakan ke-9 di Malaysia berkaitan Covid-19 melalui twitter rasminya KKMPutrajaya sebentar tadi:

Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian akibat #COVIDー19 menjadikan 9 kematian di negara kita setakat ini.

Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama dlm kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Sumber: kkmputrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *