Rasanya ini saat-saat yang dinantikan ramai pihak terutama sekali yang memiliki saman trafik. Apa tunggu lagi, anda perlu rebut peluang ini untuk bayar saman trafik anda. Tinggal 3 hari lagi berbaki, jangan sampai terlepas tawaran yang jarang – jarang ada ini.

PDRM kini tawarkan anda diskaun sebanyak 50% untuk anda membuat pembayaran saman trafik sempena Hari Polis Ke-213. Penawaran diskaun yang ditawarkan secara online ini akan memberi peluang dan pendedahan agar orang ramai dapat melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah.

 

 

Imej mungkin mengandungi: teks

 

Imej mungkin mengandungi: teks

Para pengguna berpeluang membayar saman trafik secara dalam talian melalui laman web MyEG atau Rilek. Untuk pengetahuan anda, diskaun masa terhad ini hanya dibuka pada 25 Mac 2020 sehingga 29 Mac 2020 sahaja.
Difahamkan, diskaun ini ditawarkan sebagai langkah untuk mengurangkan beban masyarakat ketika ini. Buat anda yang mempunyai tunggakan saman, mungkin inilah masanya untuk melangsaikan saman trafik anda.
Pastinya ini satu inisiatif yang baik untuk membantu masyarakat.

Boleh semak di link di bawah ini untuk penjelasan lanjut.

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/3089776947699258?__tn__=-R

Kredit: thevocket

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *