Punyalah shopping sakan masa promosi 11.11 haritu kan.. cuba cek ada tak barang korang yang tak sampai-sampai lagi?

Kalau ada, mungkin barang korang dah hangus terbakar…

Semalam, satu lori kurier telah terbakar hingga menyebabkan keseluruhan kargo dan barang-barang dekat dalam lori tersebut hangus dijilat api.

sumber: facebook

Seorang wanita, Kitty Goh yang menyaksikan kejadian tersebut yang berlaku lebih kurang jam 2.45pm semalam mengatakan yang lori kurier tersebut tiba-tiba terbakar berhampiran bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Cheras.

Kitty juga turut kongsikan beberapa gambar insiden tersebut di Facebook yang menunjukkan badan lori ini terbakar dan barang-barang dekat dalam lori itu juga nampak seperti tak ada yang selamat.

sumber: facebook

Manakala pekerja yang membawa lori tersebut dapat dilihat membuat panggilan sementara pihak bomba membantu memadamkan api.

sumber: facebook

Kata Kitty lagi, insiden ini berlaku di bahagian memunggah barang sebelah apartment, jadi tak ramai orang yang perasan kejadian ini. Bagaimanapun, punca kebakaran tersebut masih belum diketahui.

Min baru je buat laporan pada kurier sebab barang dah 5 hari shipped out, tapi status penghantaran tidak dikemaskini. Harap-harap barang admin beli tu selamat..

Kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *