Sangat ngeri! Dilaporkan kejadian malang yang menimpa seorang kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun ini berlaku apabila dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sehingga menyebabkannya terpelanting keluar dari kereta yang dinaikinya.

Bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak malang itu dikatakan terjatuh pula dari atas jejambat yang berketinggian kira-kira 15 meter di kilometer 0.4 Lebuhraya DUKE berhampiran Jalan Tun Razak pada Jumaat lalu.

Sumber: Harian Metro

Terbabas sebab hujan lebat

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kejadian tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh si bapa terbabas dengan sendirinya gara-gara hujan lebat.

“Kenderaan itu terbabas akibat hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat berkenaan.”  

 

Terpelanting & terjatuh jejambat setinggi 15 meter

Disebabkan kemalangan itu, kanak-kanak itu yang merupakan penumpang di bahagian belakang telah tercampak keluar melalui sisi belakang kanan sebelum jatuh ke bawah dari jejambat tersebut.

Tambahnya, mangsa tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

Sumber: Facebook @Info Roadblock JPJ/POLIS
Sumber: Facebook @Info Roadblock JPJ/POLIS
Sumber: Facebook @Info Roadblock JPJ/POLIS

Retak paha kiri

Menurut pihak polis lagi, kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah dengan retak di paha kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

Kes sedang disiasat untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Alhamdullilah masih dipanjangkan usia. Min doakan semoga mangsa cepat sembuh.

Kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *