Bila korang mempunyai kemampuan dan juga wang untuk menikmati makanan yang disukai, bersyukurlah dengan rezeki yang telah dikurniakan.

Jangan pula korang membazir dan suka membuang rezeki itu kerana fikirkan ada juga insan lain yang tidak bernasib baik yang teringin untuk menikmati makanan ‘favourite’  mereka tetapi tidak mempunyai wang untuk membelinya.

Seperti kisah yang tular di laman Twitter @idealuzair ini, dia telah memuat naik satu insiden lucu yang terjadi kepada seorang rakannya yang bekerja sebagai seorang rider penghantar makanan sewaktu menghantar pesanan makanan kepada customer.

Lelaki itu telah berkongsi beberapa gambar yang memperlihatkan screenshot mesej perbualan melalui aplikasi Whatsapp bersama rakannya yang bercerita mengenai insiden ketika menghantar makanan tersebut.

<blockquote class=”twitter-tweet”><p lang=”da” dir=”ltr”>scammer alert 😭😂 <a href=”https://t.co/Ta63ClT367″>pic.twitter.com/Ta63ClT367</a></p>&mdash; wue (@idealuzair) <a href=”https://twitter.com/idealuzair/status/1334140406179581955?ref_src=twsrc%5Etfw”>December 2, 2020</a></blockquote> <script async src=”https://platform.twitter.com/widgets.js” charset=”utf-8″></script>

Pesan piza dari seorang budak lelaki
Menurut rakannya yang bernama Faiz itu, dia telah menerima satu pesanan piza untuk dihantar ke rumah customer. Apa yang mengejutkan, pesanan itu rupa-rupanya telah dibuat oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Bayar guna seplastik duit syiling, tak sempat kira

Apa yang lebih mengharukan, kanak-kanak itu telah membuat pembayaran harga pesanan dengan menggunakan sejumlah duit syiling yang dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik.

Lelaki itu bagaimanapun tidak sempat untuk mengira jumlah duit syiling yang dibayar oleh kanak-kanak itu gara-gara dia berada dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Sumber: Twitter @idealuzair

Duit dibayar hanya RM18 

Hanya selepas menukar kesemua duit syiling itu di sebuah stesen minyak, barulah dia menyedari bahawa harga pesanan yang dibayar oleh kanak-kanak itu tidak mencukupi dari jumlah yang sepatutnya.

Jumlah keseluruhan duit syiling yang berada dalam beg plastik itu hanyalah bernilai sebanyak RM18 sahaja sedangkan jumlah sebenar harga pesanan makanan yang dibuat adalah RM28.50.

‘Ugut’ nak lapor ke pihak polis

Sengaja mahu ‘menyakat’, rakannya itu telah menghubungi kanak-kanak lelaki itu melalui aplikasi Whatsapp dengan memberitahu bahawa jumlah pembayaran yang dibuatnya tidak mencukupi. Dia juga turut ‘mengugut’ untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis.

“Adik tahu tak kalau adik tipu rider Foodpanda ni Akta 304kk?” 

Sumber: Twitter @idealuzair

Akta ape tu bang.. main petik je.. hahaha 

Panik dan takut dengan ‘ugutan’ itu, kanak-kanak tersebut meminta penghantar makanan berkenaan supaya datang semula ke rumahnya. Malah dia turut berjanji akan membayar baki sebanyak RM15 iaitu RM10 untuk harga makanan manakala RM5 lagi sebagai caj penghantaran.

Hanya teringin nak makan piza

Sumber: Twitter @idealuzair

Tambah kanak-kanak itu lagi, dia takut bapanya akan marah dan dia hanya ‘mengidam’ untuk makan piza.

“Saya cuma teringin nak makan. Abang datang lah rumah saya, saya bagi RM15 duit makanan & penghantaran.”

Hmm kesian pulak min rasa. Teringin sangat tu nak makan. 

 

Halalkan, anggap sebagai rezeki

Sumber: Twitter @idealuzair

Walau bagaimanapun, Faiz telah pun menghalalkan baki tersebut dan menyatakan bahawa itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan. Dia juga turut menasihati kanak-kanak itu supaya sentiasa berlaku jujur pada masa akan datang.

Alahai, min pun tak tahu nak sedih ke ketawa. 

kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *