TikTok bukanlah lagi sesuatu benda yang baru dalam masyarakat kini. Rata-rata dari korang kebanyakannya pasti mempunyai aplikasi TikTok atau pernah menggunakannya bukan?

Selain digunakan sebagai medium untuk menghiburkan hati melalui pelbagai filter atau challenge yang terkini, TikTok juga dijadikan sebagai ‘tempat’ untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada penggunanya.

Tapi korang kena selalu berpada-pada, jangan terlalu ‘syok’ sangat berTikTok sampai tidak perasan dengan keadaan sekeliling sehingga boleh membahayakan nyawa sendiri.

Sakan berTikTok, tergelincir dari tingkat 7

Seperti satu kejadian ‘ngeri’ yang berlaku terhadap seorang TikToker dari Indonesia baru-baru ini, dia dikatakan hampir menemui ajal gara-gara sakan berTikTok.

Melalui sebuah klip video yang telah dimuat naik oleh @oohrezabee di akaun TikTok miliknya, dia bersama seorang lagi rakannya telah naik sehingga ke tingkat 7 sebuah bangunan untuk membuat content TikTok.

Sumber: TikTok @oohrezabae

Namun, baru sahaja rakaman bermula, mereka dilihat telah berjalan dengan mengundur ke belakang tanpa sedar ‘bahaya’ yang menanti sebelum seorang rakannya yang berbaju merah secara tidak sengaja tergelincir jatuh ke bawah.

Sumber: TikTok @oohrezabae

Sempat berpaut pada dinding

Walau bagaimanapun, nasib remaja itu agak ‘baik’ apabila dia mujur sempat berpaut pada bahagian dinding bangunan tersebut sebelum dia berjaya ditarik ke atas oleh rakannya.

Sumber: TikTok @oohrezabae

Allahu, seriaunya min tengok. Nasib baik tindakan refleks dia pantas. 

Raih 5.6 juta tontonan! Berjaya buat netizen ‘meremang’

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih lebih daripada 5 juta views. Rata-rata netizen meluahkan rasa ‘cuak’ dan meremang apabila menyaksikan video ‘nyawa di hujung tanduk’ itu.

https://www.tiktok.com/@oohrezabae?referer_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2F&referer_video_id=6903761514935667970

<blockquote class=”tiktok-embed” cite=”https://www.tiktok.com/@oohrezabae/video/6903761514935667970″ data-video-id=”6903761514935667970″ style=”max-width: 605px;min-width: 325px;” > <section> <a target=”_blank” title=”@oohrezabae” href=”https://www.tiktok.com/@oohrezabae”>@oohrezabae</a> <p>Lantai 7 🥵</p> <a target=”_blank” title=”♬ The Dance Song – Sione Taholo” href=”https://www.tiktok.com/music/The-Dance-Song-6891212850291985154″>♬ The Dance Song – Sione Taholo</a> </section> </blockquote> <script async src=”https://www.tiktok.com/embed.js”></script>

Bukan sahaja bersyukur kerana remaja itu tidak mengalami apa-apa kecederaan yang ‘serius’, malah tak kurang juga ada yang menasihati mereka berdua supaya mencari lokasi yang lebih selamat untuk membuat TikTok.

Min nak pesan, jangan disebabkan nak buat content TikTok ‘meletops’ sampai sanggup membahayakan nyawa sendiri.

Kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *