Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini ada sahaja kes atau kisah mengenai kecuaian ibu bapa terhadap anak kecil. Lebih menyedihkan semuanya berlaku kerana ibu bapa sibuk mengejar kerjaya dan kemewahan.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang doktor, Ana Yasmin Azmi yang berkongsikan pengalamannya merawat seorang anak kecil yang tenat di Jabatan Kecemasan.

Lebih mengejutkan, menurut Dr Ana, ibu bapa kepada anak kecil itu terlalu sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang pemakanan anak mereka yang tidak diberi makan sehingga dua minggu sehingga badan tinggal tulang.

Katanya lagi, anak kecil itu dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan tenat kerana tidak bertenaga dan hanya mampu menggerakkan mata sahaja.

Melihat keadaan anak kecil yang tidak bermaya itu, Dr Ana berkata dia tersentak apabila mendengar jawapan si ibu tentang punca anaknya dalam keadaan sedemikian seolah tidak ada rasa bersalah.

Perkongsian Dr Ana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Malah, ada netizen mengatakan jika tidak mahu jaga anak, janganlah rancang untuk mempunyai anak. Dalam pada itu, ada yang terkejut kerana tidak sangka ada ibu bapa seperti itu.

SUMBER: Twitter

Kredit: gulapop

Allahu.. Min dulu 4 tahun kahwin baru dikurniakan cahaya mata.. sedih sangat bila dapat tahu kisah yang macam ni. Semoga kita belajar untuk lebih menghargai dan menyayangi. Setiap manusia ada dugaan dan ujian masing-masing dan ibubapa adik ini diuji dengan kerjaya..

Dah habis baca tu, jangan lupa like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *