Bagi korang yang minat dengan cerita Cina, sudah tentu pernah mendengar tentang seni bela diri popular dalam masyarakat Cina iaitu Kung Fu bukan? Antara cerita-cerita Cina yang banyak memaparkan teknik dan aksi Kung Fu ini termasuklah filem Kung Fu Hustle, Shaolin Soccer atau dalam versi ‘mesra’ kanak-kanak pula adalah Kung Fu Panda.

Kalau korang nak tahu, terdapat pelbagai jenis nama Kung Fu tau yang dipelajari dan diwarisi dari zaman nenek moyang sehingga kini, Antara Kung Fu yang paling ‘rare’ ialah Kung Fu ‘Kelangkang Besi’.

Huh, Kung Fu apa ni?

Hentak kayu pada kemaluan, kuatkan daya tahan

Di China, terdapat seorang warga emas berusia 65 tahun yang merupakan seorang pakar Kung Fu yang masih mengamalkan teknik kuno ini yang dikenali sebagai Kung Fu ‘Kelangkang Besi’ dimana ia melibatkan sebatang kayu ‘gergasi’ yang akan dihayun dan dihentak pada bahagian kelangkang dengan tujuan untuk membina daya ketahanan bahagian alat sulit.

Memetik laporan Oddity Central, dia yang dikenali sebagai Wang Liutau merupakan seorang pegawai di Muzium Seni Bela Diri di Kampung Juntun, Luoyang yang merupakan salah satu daripada 4 ibu negeri tertua di China.

Kayu ukuran 2 meter & 40 kilogram dihayun

Sumber: Oddity Central

Bukan setakat itu, dia juga merupakan seorang pakar Kung Fu yang mahir dalam teknik ‘rare’ seni bela diri di daerah Juntun iaitu ‘Kelangkang Besi’ dimana sebatang kayu yang berukuran 2 meter panjang dan 40 kilogram berat serta disaluti dengan plate besi pada permukaannya akan dihayun pada bahagian kemaluannya dengan menggunakan teknik pernafasan Qigong untuk ‘mengukuhkan’ diri.

Sumber: Oddity Central

Warga emas itu yang merupakan bapa kepada dua orang cahaya mata dikatakan telah mengamalkan teknik Kung Fu ini sejak setengah abad yang lalu.

Menurutnya, Kung Fu ‘rare’ ini tidak akan menyakitkan atau mendatangkan kesan terhadap tahap kesuburan sekiranya dilakukan mengikut teknik yang betul.

 

Untuk tahan tekanan sakit di tempat ‘sensitif’

Tambahnya, teknik ini adalah salah satu daripada teknik yang diamalkan di Juntun untuk membantu mereka yang mengamalkan seni bela diri Kung Fu agar dapat menahan tekanan dan sakit sekiranya dipukul di tempat yang ‘sensitif’.

Wah, teringat pulak min dengan cerita Johny English time berlawan. 

Bukan setakat teknik ‘Kelangkang Besi’ ini sahaja, malah ada juga yang menggunakan teknik ini pada bahagian tekak, kepala, dada dan belakang badan.  Namun, teknik ‘Kelangkang besi’ ini masih dianggap sebagai teknik yang paling ‘rare’ disebabkan hanya ‘berani’ dilakukan oleh 5 orang sahaja pengamal seni bela diri di kawasan itu.

 

Tendang, tumbuk….

Untuk pengetahuan korang, sebelum kayu ‘gergasi’ tersebut digunakan untuk menghentak bahagian alat sulit, mereka terlebih dahulu membuat latihan dengan melakukan tendangan dan tumbukan pada bahagian kemaluan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, mereka turut memukul diri sendiri dengan menggunakan batu bata dan kayu.

Sumber: Oddity Central

Menurut Wang, Kung Fu ‘Kelangkang Besi’ itu hanya boleh diamalkan oleh para lelaki yang telah mencapai usia dewasa sahaja. Tambahnya lagi, ia hanya boleh dilakukan di bawah tunjuk ajar pakar-pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai ‘rahsia’ kuno teknik ini.

Mencuba untuk melakukan teknik ini tanpa ilmu pengetahuan yang kukuh boleh mendatangkan risiko kecederaan yang serius sehingga dapat ‘menggelapkan’ masa hadapan.

Kalau nak buat sesuatu tu, lebih baik sekiranya berguru.

Boleh rosakkan organ reproduktif & kesuburan

Walau bagaimanapun, seorang Profesor Urologi, Zhang Jianguo mendedahkan bahawa bahagian bawah tubuh badan lelaki boleh terdedah dengan risiko kerosakan organ reproduktif dan tahap kesuburan gara-gara hentakan tersebut.

Namun, Wang Liutai mendakwa bahawa teknik ‘Kelangkang Besi’ itu tidak melibatkan hentakan secara ‘terus’ ke bahagian kemaluan tetapi menggunakan kaedah pernafasan Qigong untuk ‘mengeraskan’ organ yang sensitif tersebut.

Hah, korang jangan nak cuba-cuba nak test power dekat rumah pulak.

Kredit: lobakmerah

Dah habis baca tu, jangan lupa like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *