Tak dapat dinafikan bahawa terdapat sesetengah individu yang sanggup melakukan sesuatu yang berbahaya semata-mata untuk mendapatkan hasil fotografi yang menakjubkan.

Ada yang sanggup memanjat tiang billboard ‘gergasi’, mercu tanda malah ada juga yang sanggup melakukan aksi-aksi ‘mission impossible’ yang boleh meragut nyawa sendiri gara-gara ingin kepuasan bergambar untuk dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing.

Sanggup buat apa sahaja demi ‘sesuap’ like.

Letak anak kecil tepi tebing tidak stabil, nak bergambar

Baru-baru ini, para pengunjung di sebuah pusat peranginan di West Bay, Dorset telah ‘disajikan’ pula dengan aksi berbahaya pasangan suami isteri ini apabila mereka sanggup meletakkan anak-anak mereka yang masih kecil di tepi tebing tinggi yang tidak stabil sambil mengambil gambar.

Memetik laporan Mirror UK, salah seorang anak perempuannya yang dianggarkan berusia 8 tahun dilihat sedang duduk dengan keadaan kedua-dua belah kakinya tergantung di penghujung tebing tersebut, Manakala, adik lelakinya pula kelihatan sedang memandang ke arah kamera.

Bukan setakat itu, terdapat juga seekor anjing peliharaan mereka yang berada di sisi kedua-dua pasangan tersebut yang sedang memegang sebuah kamera.

Sumber: Mirror UK

Pernah berlaku kejadian tanah runtuh

Apa yang mengejutkan, sebelum ini telah berlakunya beberapa insiden tanah runtuh di tebing tersebut pada bulan Ogos yang lalu.

Terdapat runtuhan besar yang melibatkan batu seberat 800 tan di sepanjang Jurassic Coast di Burton Bradstock pada Ogos lalu.

Dah pasang papan tanda amaran

Walaupun sudah dipasang papan tanda amaran yang melarang pengunjung pantai daripada berdiri berhampiran dengan tebing, namun pasangan tersebut tetap mengabaikan keselamatan anak-anaknya.

Perbuatan ‘berani mati’ pasangan tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang pengunjung pantai, Mazz Blehs yang berusia 57 tahun.

Tambah wanita itu, dia pada ketika itu sedang keluar bersiar-siar dengan suaminya sebelum terlihat kejadian ‘ngeri’ tersebut melalui binokular yang turut dibawa bersama.

Suami saya nampak dulu melalui binokular kepunyaannya dan bercakap “tengok tu”. 

Menurut wanita itu, kanak-kanak perempuan tersebut dianggarkan baru berusia 7 ke 8 tahun manakala adik lelakinya kelihatan baru berusia 3 tahun.

Ia sangat berbahaya dan saya rasa tak sedap hati melihatnya. 

Sumber: Mirror UK

Gambar yang ditularkan di media sosial itu berjaya meraih perhatian netizen yang ternyata geram dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang langsung tidak mengendahkan keselamatan anak-anak demi sekeping gambar.

 

“Anugerah terb***h…” – Netizen

 

Untuk pengetahuan korang, kejadian ‘maut’ tanah runtuh di kawasan tersebut bukanlah kali pertama berlaku di sana. Pada tahun 2012, seorang pelancong, Charlotte Blackman, 22, dikatakan telah menemui ajal apabila berlakunya tanah runtuh sewaktu dia sedang berjalan di bahagian bawah tebing di sepanjang Tapak Warisan Dunia Jurassic Coast di situ.

Kredit: lobakmerah

Dah habis baca tu, jangan lupa like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Article Lain

“Siap goncang tangan anak suruh tengok kamera” – [VIDEO] Lelaki Dikecam ‘Gantung’ Anak Dekat Tebing Curam Demi Gambar Cantik

Selalunya kalau kita pergi ke kawasan tumpuan pelancong yang cantik, mesti taknak lepaskan peluang untuk bergambar dengan kreatif. Tapi, malangnya trend mengambil gambar kreatif zaman sekarang termasuklah dengan membahayakan nyawa seperti yang viral di China baru-baru ini.

Seorang bapa telah menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia merisikokan nyawa anak kecilnya baru-baru ini. Menurut laporan, lelaki itu sanggup ‘menggantung’ anak lelakinya di tebing curam semata-mata untuk dapatkan gambar yang cantik di Hongjing Road, Fangshan, Beijing.

Sumber: Gambar hiasan

Kawasan jalan yang berbukit itu merupakan lokasi tumpuan pelancong di Beijing dan insiden tersebut telah dirakam oleh sekumpulan pelancong lain. Video itu mula viral di media sosial China, Weibo dengan lebih 13 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Melalui video tersebut, lelaki yang memakai baju putih tersebut dilihat mencangkung sambil memegang kedua-dua tangan anak lelakinya yang ‘tergantung’ di kawasan bahaya tersebut.

Sumber: The Sun

Anaknya itu pula dikatakan hanya melihat ke kiri dan ke kanan tanpa mengetahui nyawanya dalam bahaya disebabkan tindakan bapanya sendiri. Apabila anaknya melihat sekeliling, si bapa dilihat menggoncangkan tangan memberi isyarat supaya ‘pandang kamera’. Menurut Daily Mail, seorang saksi didengari menangis dan berkata,

“Tengok! Tengok! Tangan kanak-kanak itu menggeletar.”

Difahamkan, individu berbaju hitam yang menjadi jurugambar itu juga merupakan anak lelakinya dan boleh dilihat beberapa orang lain termasuk anak kecil melepasi penghadang jalan tersebut, berdiri di tepi tebing.

Namun, beberapa pelancong lain yang berada berdekatan dengan bapa dan anak-anaknya itu dilihat tidak mempedulikan mereka. Kumpulan tersebut yang dipercayai berbasikal ke atas bukit itu dilihat sedang bersembang dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling.

Ramai pengguna Weibo memberikan komen di mana majoriti daripada mereka mengecam tindakan bapa tersebut namun tidak dinyatakan sama ada perbuatan itu boleh disaman pihak polis atau tidak. Antara komen diterjemahkan di Daily Mail,

“Dia tak layak jadi bapa! Saya kasihankan anak itu kerana mempunyai bapa seperti ini!”

“Kau anggap nyawa anak seperti perkara remeh demi ambil gambar! Bodoh dan tiada otak!”

Trend mengambil gambar bahaya seperti itu menaikkan kemarahan dan membuatkan netizen risau kerana ternyata memang ramai sanggup merisikokan nyawa demi mendapatkan ‘best shot’ sebegitu. Buktinya, lihatlah dalam video tersebut ada juga beberapa pelancong lain duduk di tepi tebing sambil kaki mereka tergantung begitu saja.

Tonton video di bawah: 

kredit: lobakmerah

Dah habis baca tu, jangan lupa like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *