Hari ini, Panasonic  sahkan 116 pekerja di dua kilangnya di Shah Alam dijangkiti Covid-19. Atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Panasonic tutup fasiliti bermula hari ini hingga Rabu untuk kerja-kerja disinfeksi.

Menerusi kenyataan Panasonic hari ini, syarikat itu telah menjalani ujian saringan kepada 2,137 orang pekerja.

Hasil mendapati seramai 116 orang pekerja disahkkan positif Covid-19. Disebabkan itu, Panasonic memutuskan untuk menutup kilangnya dari hari ini (21/12/2020) hingga 22 Disember ini untuk membolehkan pakar pembasmian kuman menjalankan tugas mereka.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pekerja serta komuniti kami adalah keutamaan kami untuk mengatasi keadaan. Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur operasi standard pencegahan (SOP) Covid-19 secara ketat,” kata Panasonic.

 

Panasonic juga mengatakan bahawa latihan pembasmian kuman telah dilakukan secara berkala di premis kilang dan tempat tinggal pekerja, dengan semua langkah pencegahan yang diperlukan dengan ketat.

Lapor The Edge, pada masa penulisan hari ini, harga saham Panasonic adalah empat sen atau 0.32% lebih rendah pada RM31.50, menjadikan permodalan pasaran syarikat menjadi sekitar RM1.92 bilion.

Kredit: lobakmerah

Berita Berkaitan

“Saya buat perkara betul” – Pekerja Top Glove Kongsi Kisah Dipecat, Lapor Kilang Tak Ikut SOP Hingga Cetus Kluster Teratai

Seperti yang kita semua sedia maklum, Selangor kini telah mencatatkan kes COVID 19 tertinggi hampir setiap hari mengalahkan negeri-negeri lain seperti Sabah yang pernah mengalami situasi tersebut hampir beberapa bulan yang lalu.

Salah satu penyebab kepada peningkatan kes ini ialah Kluster Teratai yang dikatakan berpunca daripada pekerja-pekerja kilang di Top Glove.

Menurut Malaysiakini, tidak lama dulu, seorang pekerja bernama Yubaraj Khadka, 27 yang berasal dari Nepal ini pernah menyebarkan gambar mengenai kilang terbabit yang dikatakan tidak mengamalkan penjarakan fizikal di kalangan pekerja yang bertugas di sana.

Namun tindakannya bukan disanjung atau diberi penghargaan, tak semena-mena dia dibuang kerja setelah hampir lapan tahun berkhidmat di Top Glove. Uish! 

Tak gentar beritahu hal sebenar, kena ‘kaunseling’ 11 jam 

Menurut Yubaraj, dia percaya apa yang dilakukannya itu adalah perkara yang betul dan disebabkan itulah dia ‘tidak gentar’ untuk menceritakan hal sebenar.

Tambahnya lagi, disebabkan perbuatannya menyebarkan gambar tersebut, dia telah diberikan ‘kauseling’ selama 11 jam oleh majikannya.

Mereka juga mengambil telefon saya dari pukul 10 pagi hingga kira-kira jam 9 malam. Mereka meneliti setiap mesej saya,” katanya.

Selepas daripada kejadian tersebut, Yubaraj yang bertugas sebagai pembantu kualiti telah diberhentikan kerja pada 23 September 2020 selepas syarikat itu mengecamnya melalui rakaman CCTV.

Dia kemudian pulang ke kampung halaman pada Oktober lepas dan sempat melakukan ujian COVID 19 sebelum berlepas.

 

Tunjuk gambar langgar SOP kepada petugas hak asasi

Tambah Yubaraj lagi, gambar-gambar yang diambilnya itu telah ditunjukkan kepada petugas hak asasi, Andy Hall tentang bagaimana keadaan dan suasana kerja di Top Glove.

Menurutnya, bukan hanya kawasan tempat tinggal pekerja saja yang sesak dan mempunyai sistem pengudaraan yang tidak baik, malah penjarakan fizikal juga tidak dilaksanakan di kilang tersebut sungguhpun ia syarat wajib berikutan wabak tersebut yang sedang mengganas di Malaysia ini.

“Saya tidak tahu mereka akan pecat saya kerana melakukan ini,” katanya.

Selepas berkongsi gambar itu, dia kemudian diberitahu bahawa pekerja Top Glove tidak dibenarkan ambil atau kongsi gambar mengenai tempat kerja kepada sesiapa.

Sumber: The Edge Markets

Menerusi surat berhenti kerja yang ditunjukkan Yubaraj, Top Glove mengklasifikasikan tindakan pekerjanya itu sebagai mengambil gambar ‘tanpa persetujuan terlebih dahulu dari pihak pengurusan’ dan ia salah laku yang membenarkan pemecatannya.

Saya melakukan perkara yang betul. Mereka yang melakukan perkara yang salah,” kata Yubaraj.

 

“Bagus semua orang tahu” 

Sehingga setakat ini, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuka 19 kertas siasatan ke atas Top Glove kerana tidak mematuhi Akta Standard Minimum, Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Syarikat tersebut kini berjanji untuk memperuntukkan RM170 juta untuk membina asrama baru bagi seramai 21,000 pekerjanya.

Sumber: The Straits Times

“Bagus semua orang tahu tentang ini sekarang. Sekiranya saya tidak mengadu kepada Andy dan jika tidak ada gambar, orang tidak akan tahu mengenai perkara ini.

“Sekarang sekurang-kurangnya orang mengikuti peraturan jarak fizikal satu meter,” katanya.

Semoga perkara ini dijadikan iktibar buat kita semua untuk terus patuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa. 

Kredit: lobakmerah

Dah habis baca tu, jangan lupa follow, like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *