Minggu lalu, pelawak tanah air Shuib Sepahtu sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila aksinya di pentas Sepahtu Reunion dikatakan membawa unsur lucah yang tidak bersesuaian dengan norma masyarakat di negara ini.

Perbuatannya itu juga dianggap tidak bersesuaian dengan rancangan hiburan yang dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat.

Tidak mudah melatah, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad tampil untuk membuat penjelasan kepada situasi yang berlaku.

Sumber: Instagram

Shuib mohon maaf

Seringkali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, Shuib tidak mudah melatah apabila aksinya disalahertikan oleh segelintir penonton.

Sedar akan dirinya menjadi bahan bualan netizen di Twitter, pelawak itu segera tampil untuk membuat permohonan maaf serta menjelaskan situasi yang sebenar.

Sepahtu Reunion pada Khamis, ada satu babak saya buat memarut kelapa. Babak itu jadi kontroversi pula. Jadi, disini saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dan rasa babak itu tidak patut dilakukan.

Sumber: mstar

Sebagai pelawak, Shuib jelaskan niatnya membuat aksi tersebut adalah dengan tujuan untuk membuat penonton berasa terhibur, namun sudah pasti penerimaan setiap individu adalah berbeza.

Sebenarnya saya nak beritahu, ikhlas dari hati saya ketika saya melakukan babak itu, tak ada bawa maksud apa-apa. tak ada pergi ke lucah. Saya hanya nak buat orang ketawa sahaja, tak ada niat apa-apa.

Terbuka menerima teguran, Shuib turut mengatakan bahawa dia tidak akan lagi mengulangi aksi seperti itu di masa hadapan lapor mstar.

Tapi itulah, kalau katakan la video itu buat orang terasa hati, saya minta maaf sangat. Insya-Allah saya tak akan buat lagi benda macam tu. Semoga terus sokong Sepahtu Reunion.

Adalah lebih baik untuk buang yang keruh dan ambil yang jernih. Perspektif setiap orang dalam satu perkara kan berbeza, mungkin lepas ni Shuib akan jadi lebih baik sebagai pelawak di pentas kan?

Kredit: lobakmerah

Article Berkaitan

“Double meaning” – Buat Lawak Berunsur Lucah, Shuib Kena ‘Sound’ Dengan Netizen

Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas satu video melibatkan pelawak tempatan , Shuib yang membuat lawak seakan-akan melakukan perkara lucah. Seorang penceramah bebas @akhifairuz_ mengecam perbuatan Shuib dan turut disokong oleh netizen yang bersetuju lawaknya itu mempunyai double meaning.

Walau bagaimanapun, video dan tweet berkenaan telah dipadam oleh penceramah bebas tersebut. Berikut screenshot yang sempat diambil sebelum tweet itu dipadam.

Kecaman netizen

Rata-rata netizen turut mengecam perbuatan Shuib itu dan juga mengaitkan tentang lawak yang dibuat oleh beberapa ahli Sepahtu yang lain.

Admin tak pasti lawak Rahim buat yang mana dikatakan lucah oleh netizen tu. Admin tak tengok rancangan tu, so tak tahu lah dia refer yang mana.

Admin rasa ada eloknya kurangkan lawak yang berunsur lucah atau double meaning ni. Bukan apa, takut nanti orang salah tafsir. Dah salah tafsir nanti kena kecam teruk pulak. 

 

Respon Shuib

Shuib bagaimanapun telah memohon maaf atas kelakukannya itu. Menerusi akaun Instagram miliknya @shuibsepahtu menzahirkan rasa bersalah dan memohon maaf kepada pihak yang terasa hati dengan kelakuannya.

”Saya dengan rendah diri nak memohon maaf kepada mereka-mereka yang terasa hati dan merasakan babak-babak itu tidak sepatutnya dilakonkan.”

Kat bawah ni korang boleh tengok video permohonan maaf Shuib yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

 

Harap lepas ni, pelakon atau pelawak boleh cuba elakkan buat lawak double meaning untuk keharmonian bersama. 

Kredit: lobakmerah

Dah habis baca tu, jangan lupa follow, like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *