Nampaknya kes sikap penunggang basikal semakin menjadi perbualan hangat, sebelum ini viral kes ada seorang penunggang dilanggar lori di Putajaya.

Tetapi mereka ini nampak macam masih belum serik apabila masih ada penunggang lain menggunakan jalan tersebut padahal laluan untuk berbasikal sudah disediakan.

Kelakuan mereka ini mengundang kemarahan netizen apabila viral satu foto penunggang basikal wanita membawa anak kecil dibelakangnya.

Bukan sahaja netizen, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias sendiri kurang senang apabila melihatnya.

”Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.”

Foto dibawah ini viral di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Kata Azisman, ia bukan sahaja membahayakan keselamatan, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan, lapor Harian Metro

Ini kerana tidak semua penunggang basikal memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.

Mengulas tentang gambar wanita ini, beliau menyelar tindakan wanita tersebut kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya.

“Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.”

Azisman berkata, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya lagi , jika berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Kredit: lobakmerah

Article Berkaitan

“Moga jadi pengajaran” – Penunggang Basikal Maut, Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Geng ‘Cyclist’

Aktiviti berbasikal sudah menjadi trend hujung minggu rakyat Malaysia. Ramai yang memilih untuk berbasikal secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, aktiviti riadah ini menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Terbaharu, satu kemalangan maut yang melibatkan penunggang basikal dilaporkan berlaku di Putrajaya pagi tadi. Menurut laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi itu telah meragut nyawa seorang penunggang basikal wanita selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Salam takziah

Memang tidak dinafikan, aktiviti berbasikal dijalan raya mula mendapat perhatian netizen selepas beberapa insiden yang nyaris mengakibatkan kemalangan. Selain turut berdukacita dengan kejadian awal pagi tadi, netizen turut berkongsi pengalaman ketika berdepan geng cyclist ni menerusi satu tweet kejadian pagi tadi oleh @chicanoz dibawah

Admin doakan keluarga mangsa tabah dengan kejadian ini. Harap semua penunggang basikal berhati-hati dan ambil iktibar dari kejadian ini.

Kalau dan ada atas jalan tu, harap semua pihak berhati-hati ye. Kena alert dengan keadaan sekeliling. Takut jadi perkara tak diingini pulak nanti.

Janganlah maki-maki orang. Tak elok tu. Sorang-sorang je ramai-ramai ke, jagalah keselamatan. Hobi kita tak boleh dijadikan lesen untuk maki orang sesuka hati.

Rasanya basikal dah kena ada signal lepas ni. Senang pengguna jalan raya lain nak tahu arah dan tujuan basikal ni. Basikal ni pun satu, jangan lah fikir nak laju je, fikir gak keselamatan orang lain. 

Kredit: lobakmerah

Dah habis baca tu, jangan lupa follow, like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *