Tidak dinafikan pelbagai dugaan dan ujian yang harus kita hadapi ketika berdepan dengan pendemik Covid-19 yang telah pun menyambut ulangtahun pertama penularannya ini. Setiap orang diuji dengan dugaan masing – masing. Ada yang kehilangan atau berkurangan hasil pendapatan, ada yang dijangkiti Covid-19, ada pula yang kehilangan ahli keluarga dan pelbagai lagi dugaan yang secara lansung dan tidak lansung dikaitkan dengan virus baru ini.

Kekuatan dalaman dan sokongan dari individu terdekat dan sekeliling amatlah penting bagi membakar semangat untuk terus berjuang menghadapi dugaan ini. Dugaan dan ujian tetap akan ada sebagai asam garam dalam perjalanan hidup seseorang individu. Dengan kemudahan media sosial masakini, pelbagai reaksi manusia tatkala menghadapi ujian bisa kita lihat dan dipertontonkan kepada umum. Maka kita ambillah mana yang baik sebagai tauladah, dan mana yang buruk sebagai sempadan.

Ini pula kisah yang dilaporkan oleh harian metro pada hari ini.

Seorang lelaki dari Johor Bahru yang membakar diri membatalkan hasratnya apabila dia sendiri tidak mampu menahan kepanasan. Menurut Harian Metro, lelaki berusia 39 tahun itu bertindak menyimbah seluruh badan dengan petrol dengan niat untuk membunuh diri.

Namun kerana tidak tahan dengan panas dialaminya, lelaki tersebut terus terjun ke dalam parit di Jalan Ngee Heng ketika kejadian jam 10.53 pagi tadi. Akibat daripada itu, dia mengalami cedera dan melecur pada bahagian tangan dan badan.

Sumber: Harian Metro

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Timbalan Penguasa Bomba l Mohd Suhaimi Abdul Jamal, seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah jentera atu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa membuat cubaan membunuh diri.”

“Pihak bomba mengangkat mangsa dalam parit sebelum menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.”

Mangsa terjun ke dalam parit selepas tidak tahan dengan kepanasan. Mangsa dalam keadaan sedar dan diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Kita tidak tahu apa motif lelaki berkenaan mahu membunuh diri.”

Akibat daripada kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami melecur sebanyak lima peratus.

Kredit: lobakmerah

Article Berkaitan

Terjun Sungai Niat Nak Bunuh Diri Tapi Tak Jadi Lepas Nampak Buaya

 

Sumber: Gambar Hiasan

Baru-baru ini kerap kali kedengaran laporan cubaan bunuh diri dalam kalangan warga tempatan. Bahkan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja seramai 266 kes bunuh diri dilaporkan sepanjang 18 Mac sehingga 30 Oktober tahun ini.

Banyak tu! 

Terkini ada lagi cubaan bunuh diri dilaporkan. Seorang wanita yang bekerjaya, bertindak untuk cuba menamatkan riwayat hidupnya sendiri akibat tekanan perasaan.

Saksi hubungi polis sejurus ternampak aksi wanita berkenaan terjun ke dalam sungai

Lapor Utusan, wanita terbabit dilihat saksi terjun di bahagian tengah sungai sebelum berenang ke tebing dengan pantas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.57 petang itu akhirnya selesai selepas wanita berkenaan dijumpai dalam keadaan selamat di Jalan Mohd. Sidin, Klang, oleh orang awam pada lewat malam lebih kurang jam 11.30 malam dalam keadaan basah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, wanita tersebut yang juga merupakan seorang jurutera di Tenaga Nasional Berhad (TNB) , beritahu dia ternampak kelibat buaya.

Wanita terbabit mendakwa melihat kelibat buaya yang menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya membunuh diri. 

Dia kemudiannya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian cubaan bunuh itu.”

Bomba di lokasi kejadian

Sumber: Kosmo

“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang itu ingin membunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan.

Malah, siasatan mendapati wanita yang merupakan jurutera di cawangan Petaling Jaya ini baharu dipindahkan dari Port Dickson tujuh bulan lalu.”

Kalau korang ada tanda-tanda tekanan perasaan, segeralah cari bantuan.

Dah habis baca tu, jangan lupa follow, like dan share ye.
Terima Kasih!

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *