Tak tertahan kami ketika melihatkan kanak-kanak berusia 11 tahun yang juga merupakan anak sulung daripada empat adik beradik iaitu Raden Nabil Zakiyudin melaungkan azan untuk bapanya. Menurut Harian Metro, bapa kepada Nabil, R Zakariya R Abdul Hamid terlibat kemalangan yang kemudiannya merosakkan saraf.

Bagi Nabil, melaungkan azan di sisi ayahnya itu merupakan rutin harian disertai dengan doa agar ayahnya kembali sembuh dan dapat solat jemaah bersama-sama di masjid berdekatan.

“Sebelum melaung azan di masjid, saya akan berlatih di depan ayah terlebih dulu dengan pelbagai taranum (lagu) bagi melancarkan bacaan di masjid”

“Walaupun ayah tidak boleh bercakap dan bergerak namun lirikan matanya cukup untuk menguatkan semangat sebelum ‘memanggil’ orang ramai solat berjemaah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Kenangan & Harapan

Mengakui rindu untuk solat bersama-sama menunaikan solat bersama bapanya, Nabil dalam masa yang sama turut menyimpan cita-cita untuk bergelar pendakwah satu hari nanti.

“Saya mahu ayah cepat sembuh dan menemani saya solat di masjid setiap hari seperti sebelum ini. Saya rindu untuk solat berjemaah dengan ayah”

“Apa yang saya harapkan kini adalah ayah sembuh dan menjalani kehidupan normal. Saya tidak akan berhenti melaungkan azan dan membaca kalimah suci al-Quran untuk menyembuhkan ayah,” kongsinya.

Sementara itu, anak sulung R Zakariya menyatakan bahawa dia terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori demi menjaga bapanya yang tidak mampu bergerak.

“Saya perlu berkorban untuk ayah demi menjaga dia lebih sempurna, saya akan mengambil alih tugas menjaga ayah sebelah malam daripada ibu dengan memberi susu setiap 12 tengah malam dan 4 pagi”

“Terima kasih kepada yang mendoakan ayah sembuh dan kami menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu bekalan susu,”€ katanya yang boleh dihubungi di talian 011-2191 6258.

Semoga Nabil sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang mendatan ini. Tonton video di bawah jika anda ingin mengetahui kisah Nabil dengan lebih lanjut.

 

Sumber: harian metro

Kredit: vitdaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *