Selepas Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini, ramai yang masih risau dan keliru tentang pembayaran gaji mereka selama perintah ini berjalan.

kakkilang

Soalan yang paling lazim adalah sama ada gaji mereka akan dibayar secara penuh (tanpa dipotong) selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Untuk menjawab persoalan orang ramai, Peguam Sumber Manusia, Firdaus Zakaria tampil memberi penjelasan bahawa majikan WAJIB membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini

Gaji pekerja wajib dibayar meskipun premis ditutup - Peguam
Firdaus berkata, bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji – Foto Astro AWANI

Beliau turut menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.

“Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah, Work From Home(WFH). Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja. Mereka perlu dibayar gaji sepert biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Gambar sekadar hiasan.

Firdaus berkata, bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh Perintah Kawalan pergerakan.

“Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong,” kata Firdaus.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman pada Isnin berkata, 14 sektor kritikal sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Buat mereka yang masih keliru apakah sektor kritikal yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, baca di bawah:

Air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sumber: Awani

Seorang lagi peguam Faizal Riduan berkongsi dengan orang ramai akta2 yang terpakai untuk rujukan pekerja dan majikan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan ini menerusi posting di facebooknya yang bertajuk

ADAKAH DIKIRA SEBAGAI CUTI BERGAJI BAGI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DARI 18 – 31 MAC?

1) Bagi pekerja yang bergaji <RM2,000 atau buruh yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 maka cuti selama 13 hari tersebut dikira sebagai cuti bergaji penuh. Majikan tidak dibenarkan membuat sebarang potongan gaji atau potongan peruntukan cuti tahunan pekerja.

Seksyen 24 (1), majikan dibenarkan membuat potongan terhadap upah dalam keadaan-keadaan yang berikut:
…..
d) Potongan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis yang lain. (Contohnya: Caruman KWSP, PERKESO dan LHDN).

Mana-mana majikan yang membuat potongan gaji bagi tempoh bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan adalah tidak sah, suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti.

‪Bahagian XVII‬
‪Kesalahan-Kesalahan dan Penalti-Penalti.‬

‪91. Di bawah bahagian-bahagian III dan IV.‬
‪Mana-mana majikan yang:‬
….
(c) Membuat potongan dari upah seorang pekerja selain dari potongan-potongan yang dibenarkan oleh Sekyen 24, adalah melakukan satu kesalahan.

99A. Penalti Am.
Mana-mana orang yang melakukan sebarang kesalahan di bawah atau melanggar mana-mana peruntukan akta ini, atau mana-mana peraturan, perintah atau perundangan kecil yang dibuat di bawahnya, berkenaan dengan mana tiada penalti diperuntukkan, hendaklah dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000).

2) Bagi pekerja bukan buruh termasuk daripada kalangan pengurusan dan profesional yang tidak dilindungi Akta Kerja 1955 dan bergaji >RM2,000 maka perlu melihat kepada peruntukan penolakkan gaji atau cuti tanpa gaji semasa krisis jika ada dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan.

‪Jika tiada peruntukan sedemikian maka ia bergantung kepada ihsan dan budi bicara majikan sama ada hendak mengklasifikasikan sebagai cuti bergaji, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti ganti atau cuti tahunan dengan izin pekerja dan perundingan dengan kesatuan sekerja jika ada.‬

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *