Mulai esok, umat islam yang tinggal di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor sudah boleh menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu serta aktiviti di masjid dan surau.

Jarak 1.5 meter dan terbuka untuk warganegara sahaja

sumber: hmetro

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran ini membabitkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat dan 453 surau.

“Sehubungan itu, pelaksanaan solat Jumaat dan solat lima waktu adalah dibenarkan kepada semua masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter.”

Sehubungan itu, program pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah dhuha dan bacaan Yassin juga turut dibenarkan dengan syarat penceramah yang dijemput adalah dari zon hijau sahaja.

“Kebenaran kehadiran jemaah solat Jumaat dan lima waktu adalah untuk jemaah warganegara sahaja,” katanya pada kenyataan hari ini.

Namun begitu, Mukim Kuala Selangor yang membabitkan sebuah masjid, dua surau kebenaran Jumaat dan dua surau berikutan perkembangan terkini penularan di mukim berkenaan masih belum boleh menjalankan ibadat dan aktiviti.

“Arahan khusus juga dikeluarkan oleh JAIS kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang terbabit untuk dikuatkuasakan serta merta.:

Bagaimanapun, JAIS berharap agar seluruh umat Islam di Selangor mampu meningkatkan disiplin, kawalan kendiri, bersabar dan terus mematuhi SOP yang JAIS, MKN dan KKM tetapkan.

Selain itu, angkah penguatkuasaan SOP yang tegas oleh pentadbir masjid dan surau, langkah pencegahan, kawalan kendiri, doa, zikir dan munajat yang diamalkan pasti akan membantu mempercepat ketetapan yang sama dapat dikuatkuasakan di seluruh Selangor. Lapor Harian Metro.

Kredit: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *