Pelbagai spekulasi yang tersebar sosial media tentang sumber kekayaan Ustaz Ebit Lew yang lebih dikenali sebagai UEL sehingga beliau di panggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan. Ada yang mempertikaikan sumber pendapatan beliau. Maka UEL telah berkongsi sumber pendapatan dan kisah kejayaan beliau yang mungkin boleh kita gunakan sebagai motivasi untuk kita pula berjaya.

Bekerja dan berniaga lebih 10 tahun

“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada Bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.

Ada 3 Restoran dan 2 Program TV

Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.

Sumber: astro

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.

Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.

Sumber: UEL Twitter

Jangan Kedekut Dengan Isteri dan Anak-anak

Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.

Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.

Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew

Semoga dengan penjelasan ini, para pengkritik berpuas hati dan tidaklah membuat sebarang spekulasi lagi. Kepada Ustaz Ebit, teruskan perjuanganmu dan jangan pernah berputus asa meskipun pelbagai cabaran mendatang. Semoga terus tabah dan dimurahkan rezeki untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Berikut Reaksi Beberapa Netizen Yang Sempat Dirakamkan

“Rumah ni ada security guard ye.. bkn sebarang org boleh masuk.. 1 hari my ayah hantar arwah adik pergi rumah ustaz.. ketika itu arwah adik ditugaskan utk drive kereta ustaz untuk bawa ustaz ke majlis ilmu.. Ayah hantar adik je terus balik.. Ayah segan nak singgah rumah ustaz..ustaz tanya “sape hantar” adik jawb “ayah”… ustaz suruh arwah adik kejar kereta ayah.. sampai kat traffik light.. ustaz bukak tingkap.. ustaz panggil ayah.. borak2 dan mintak maaf sbb xsempat nak jumpa.. padahal ayah yg segan nak singgah rumah ustaz.. ”

“Saya pun kenal ustaz Dr superkids Excel 3kali sy hantar anak saya ramai yg ckp Mahal,tp sy x peduli janji anak sy Ada perubahan., Alhamdulilah tidak byk sedikit membantu anak sy skrg dlm bidang perubatan.taniah ustaz Dan team.”

Berikut Pula Jumlah Pendapatan dari Youtube dan FB Hasil Carian Netizen

Jom kita tengok secara kasar pendapatan ustaz ebit lew
tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah tiap bulan full seluruh negara. page fb 1.8juta followers
youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih ) banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Credit: kasiviral.kini

Disclaimer: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak lansung ke atas komen-komen yang diberikan oleh para pembaca article ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen. Pihak admin tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Komen secara matang okay! Love you all

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *